Ahad, 26 Disember 2010

PMR: STAR Nombor 6 SBP

Keputusan tidak rasmi menunjukkan STAR berada di kedudukan nombor 6 di kalangan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh Malaysia berdasarkan Gred Purata Keseluruhan (GPK) bagi peperiksaan PMR 2010. Kedudukan ini lebih baik berbanding tahun 2009 apabila menduduki tempat ke-9. Senarai penuh sekolah yang berada dalam top 10 setakat ini adalah seperti berikut;

1. SM SAINS HULU SELANGOR (1.0154)
2. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (1.0177)
3. KOLEJ TUNKU KURSHIAH (1.018)
4. SEKOLAH TUN FATIMAH (1.0201)
5. SM SAINS TENGKU ABDULLAH (1.0264)
6. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (1.0286)
7. SBP INTEGRASI GOMBAK (1.0325)
8. SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (1.0388)
9. SM SAINS JOHOR (1.0403)
10.SM SAINS SELANGOR (1.044)

Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Terima kasih dan penghargaan kepada semua guru, PIBG dan STAROBA yang telah berusaha dengan penuh komited untuk memastikan STAR terus cemerlang. Kita perlu teruskan kerjasama erat dan berusaha dengan lebih kuat lagi untuk meletakkan STAR nombor 1 di Malaysia pada tahun hadapan.

Sabtu, 25 Disember 2010

STAR Sekolah Terbaik Perak

Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Ipoh, muncul sekolah terbaik di Perak dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) apabila 88 calon dari sekolah itu mendapat 8A, sekaligus mengekalkan kedudukan itu bagi tiga tahun berturut-turut.

Pengetuanya, Abdul Hashim Abdul Karim, berkata seramai 105 calon menduduki peperiksaan itu dan keputusan tahun ini menunjukkan peningkatan 4.73 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Anak tunggal pasangan Arfah Saidi dan Mohamad Abas Omar, iaitu Muhammad Badrul Hisyam, 15, adalah antara 88 pelajar STAR yang meraih 8A dalam PMR 2010.

Katanya, belajar secara berkumpulan adalah resepi kejayaannya dan selain sokongan daripada pendidik dan ibu bapa yang tidak pernah mengenal erti penat dan jemu.

“Saya dan rakan lain belajar secara berkumpulan dan memperuntukkan sekurang-kurangnya dua jam untuk mengulangkaji pelajaran.

“Selain itu, sokongan guru dan ibu bapa juga menaikkan semangat saya untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan cemerlang,” katanya yang hanya memperoleh 4A dalam peperiksaan percubaan.

Sementara itu, bapanya, Mohamad Abas, berkata anak lelakinya itu bercita-cita menjadi seorang ahli kaji bumi dan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum termasuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi.

“Saya dan isteri berbangga dengan pencapaian cemerlang Badrul Hisyam dan berharap dia dapat mencatat kejayaan sama dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula,” katanya yang datang dari Alor Star pagi ini untuk sama-sama meraikan saat gembira itu.

Sementara itu, tiga rakan karib, Amir Imran Amiruddin, Muhammad Faris Mat Habeha, dan Muhammad Amir Safwan Mohamed Shafie juga tidak menyangka akan meraih keputusan 7A dalam PMR kerana pada peringkat percubaan mereka hanya mencatat 6A.

Amir Imran berkata, belajar secara berkumpulan lebih praktikal kerana mereka bertiga dapat membincangkan sesuatu topik yang tidak difahami dengan bertukar pendapat dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.

“Kejayaan kami ini juga hasil komitmen jitu pihak sekolah dan guru hingga STAR berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai sekolah terbaik di Perak dalam peperiksaan PMR untuk tiga tahun berturut-turut,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri.

~ Sumber: PerakNews.com

Jumaat, 24 Disember 2010

STAR muncul sekolah terbaik

IPOH – Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 yang diumumkan semalam, menunjukkan prestasi cemerlang sama ada dari segi kualiti mahupun kuantiti.

Daripada 41,810 calon yang menduduki peperiksaan itu, 3,017 daripadanya berjaya mencapai keputusan 7A, 8A, 9A dalam semua mata pelajaran yang diambil iaitu 7.22 peratus meningkat 0.78 peratus berbanding tahun lalu.

Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh muncul sekolah terbaik daripada 225 sekolah lain di negeri ini dengan 88 daripada 105 calon mendapat keputusan 8A.

Lensa Sinar Harian sempat singgah sebentar di STAR, Ipoh untuk merakamkan saat suka dan duka pelajar serta ibu bapa yang hadir untuk mengambil slip keputusan peperiksaan di sekolah itu.

~ Sumber: Sinar Harian

He’s out to be a doctor

THE sight of his father who had difficulty walking inspired Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) student Wan Hafizan Wan Zulkefli to want to be a doctor.

The 15-year-old from Baling, Kedah, said his father, a former Royal Malaysian Air Force member, met with an accident 10 years ago.

Flying colours: Wan Hafizan shoeing his PMR results slip at the school yesterday.

“It saddens me whenever I see my dad walking with great discomfort. He had an operation and had metal plates implanted in his leg. I want to do better for people like my father,” said Hafizan, who scored straight As in the PMR examination yesterday.

Hafizan, who is a member of his school’s debating team and plays chess, was among 88 out of 105 STAR students to pass the PMR examination with flying colours.

The school produced the top PMR result for the third consecutive year in Perak, with the highest percentage of full A scorers at 83.9%.

Principal Abdul Hashim Abdul Karim said their students were encouraged to excel in academic and co-curriculum activities.

Earlier, during a press conference to announce Perak’s PMR results, state deputy education director Idris Ramli said 3,017 or 7.22% of government school pupils obtained straight As.

“There is an increase of 0.78% over last year’s 6.44%,” he said, adding 41,810 candidates from 225 schools in Perak sat for the examination in October.

He also said that of the 3,017 top scorers, 279 scored nine As, 2,083 (eight As) and 655 (seven As).

Idris said there was also an increase in the number of students with minimum passes at 64.83% or 27,105.

~ Sumber: The Star Online

STAR sekolah terbaik 3 tahun berturut-turut

IPOH 23 Dis. - Seramai 3,017 calon di negeri ini berjaya memperoleh A bagi semua mata dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) daripada keseluruhan 41,810 yang mendudukinya pada Oktober lalu.

Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Idris Ramli berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 279 calon memperoleh 9A diikuti 2,083 mendapat 8A dan 655 mencapai 7A.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, keputusan PMR melibatkan kesemua 255 buah sekolah menengah di negeri ini menunjukkan peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 0.05 peratus berbanding tahun lalu.

"Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh muncul sebagai sekolah terbaik di negeri ini untuk tiga tahun berturut-turut.

"Mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan peratusan lulus tertinggi pula ialah Bahasa Arab iaitu sebanyak 7.27 peratus walaupun ia dianggap sebagai satu subjek yang sukar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman keputusan PMR 2010 di Jabatan Pelajaran Perak, di sini, hari ini.

Beliau berkata, tujuh buah sekolah telah mencapai kelulusan 100 peratus iaitu STAR, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Tiga buah sekolah lagi adalah Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tasik, Taiping dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gopeng.

"Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar muncul sebagai sekolah agama terbaik apabila 57 daripada 125 calonnya berjaya memperoleh 9A.

"Bagi kategori sekolah luar bandar, antara sekolah yang mencapai keputusan terbaik ialah SMK Convent Taiping, SMK Tarcisian Convent dan SMK Ave Maria Convent," katanya.

~ Sumber: Utusan Online

Khamis, 23 Disember 2010

PMR 2010: STAR KEKAL NO. 1 DI PERAK



STAR berjaya mempertahankan kedudukan nombor 1 di Perak dalam peperiksaan PMR 2010 yang diumumkan hari ini. Pencapaian STAR menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2009. Jumlah calon yang mengambil peperiksaan PMR tahun 2010 ialah seramai 105 orang. Calon yang mendapat 8A seramai 88 orang (83.80%), 7A 11 orang (10.48%), 6A 5 orang (4.76%) dan seorang mendapat 5A (0.95%). Gred purata sekolah (GPS) ialah 1.0286. Daripada 37 SBP yang sudah mengemaskini data, STAR berada di kedudukan nombor 5 dan dijangka dapat mengekalkan kedudukan top 10.
Keputusan penuh pencapaian gred A mengikut mata pelajaran adalah seperti berikut:
Bahasa Melayu: 94.3% (1.06)
Bahasa Inggeris: 95.2% (1.05)
Matematik: 99.0% (1.01)
Sains: 97.1% (1.03)
Sejarah: 96.2% (1.04)
Pendidikan Islam: 87.1% (1.03)
Geografi: 98.1% (1.02)
Kemahiran Hidup: 100% (1.00)

Gred Purata Sekolah: 1.0286

Tahniah kepada semua calon PMR dan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru, PIBG dan STAROBA serta semua pihak yang telah memberi sumbangan dalam usaha meningkatkan prestasi akademik STAR.