Khamis, 28 Januari 2010

DR MIOR HAMDAN PENOLONG KANAN BARU STAR


Dr. Mior Hamdan bin Haji Ghazali telah dilantik sebagai Penolong Kanan STAR yang baru mulai 16 Januari yang lalu. Beliau yang memegang jawatan sebagai Penolong Kanan HEM sebelum ini telah dilantik ke jawatan berkenaan bagi menggantikan Encik Addenan bin Osman yang telah bertukar ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster di Putrajaya.

Encik Mohamad Zakaria bin Mohd Yusof yang menyandang jawatan Penolong Kanan Kokurikulum sebelum ini pula telah dilantik sebagai Penolong Kanan HEM. Jawatan Penolong Kanan Kokurikulum masih belum diisi.

Tahniah diucapkan kepada mereka kerana telah dinaikkan pangkat ke jawatan baru. Semoga perlantikan mereka dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi STAR dalam bidang akademik, kokurikulum dan pengurusan pelajar di asrama.

11 Guru STAR Bertukar

Seramai 11 orang guru STAR telah ditukarkan ke sekolah sekolah lain. Mereka terdiri daripada 6 orang guru lelaki dan 5 orang guru perempuan seperti berikut:
1. Encik Zaini bin Mohamad (Pendidikan Jasmani)
2. Ustaz Mohd Saufi bin Ismail (Pendidikan Islam)
3. Encik Mior Samsudin bin Mohd Idris (Kaunselor)
4. Encik Asyrafi bin Che Hassan (Bahasa Inggeris)
5. Encik Mohammad Najib bin Mohammad Na'im (Kimia)
6. Encik Mohd Halmi bin Ab Halim (Matematik)
7. Puan Wan Mahanum bt Meor Muhamud (Biologi)
8. Puan Sumiliah bt Roslan (Kaunselor)
9. Puan Asmawati bt Abdullah (Bahasa Melayu)
10. Puan Maimunah bt Kasah (Sejarah)
11. Puan Salwani (Pendidikan Jasmani)
Majlis perpisahan dengan dengan guru-guru berkenaan telah diadakan pada hari Jumaat, 29.1.2010 di dewan sekolah. Suasana sebak dan penuh emosi ini telah diserikan dengan ucapan Ketua Pelajar, Pengetua dan wakil guru yang bertukar. Kemudian diikuti dengan persembahan nasyid, deklamasi puisi, nyanyian lagu-lagu berunsur penghargaan dan perpisahan dan diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderamata.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah menyumbangkan khidmat bakti mendidik anak bangsa di STAR dengan penuh komited dan dedikasi. Ampun dan maaf dipinta andainya ada salah dan silap sepanjang kita bersama di STAR. Selamat bertugas di tempat baru. Semoga dapat meraih kejayaan yang lebih gemilang dalam kerjaya di sana nanti.

Ahad, 10 Januari 2010

110 PELAJAR BARU SUDAH MENDAFTAR


Seramai 112 pelajar tingkatan satu sudah mendaftar sebagai pelajar STAR yang baru. Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan SBP, seramai 117 orang pelajar ditawarkan tempat di STAR.
Ibu bapa yang ditemui melahirkan rasa syukur dan berbangga kerana anak-anak mereka diterima menjadi warga baru STAR. Pelajar-pelajar baru pula begitu teruja untuk menjadi warga STAR, lebih-lebih lagi selepas berita kecemerlangan STAR dalam PMR disiarkan dalam media baru-baru ini.

Saya dan warga STAR yang lain mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar baru berkenaan dan berharap agar cepat dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini. Semoga kehadiran anda di sini dapat meneruskan tradisi kecemerlangan STAR.

Selasa, 5 Januari 2010

SESI BARU RAMAI MUKA BARU

Sesi persekolahan 2010 dimulakan dengan pendaftaran semula pelajar STAR pada 3 Januari 2010. Proses pendaftaran semula kali ini dipermudah dengan tiada pemeriksaan menyeluruh semua barang keperluan pelajar seperti tahun-tahun yang lepas. Perubahan ini disambut baik oleh ibu bapa kerana mereka tidak perlu menunggu lama dan kelam kabut membeli barang keperluan yang tidak lengkap sebelum anak mereka dapat masuk ke asrama.
Pasukan pentadbiran sekolah juga ada perubahan. Encik Addenan (Penolong Kanan) sudah bertukar ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster di Putrajaya. Penggantinya belum ada. Guru Kanan Bahasa diambil alih oleh Pn Hjh Noridah bt Hj Ramlan menggantikan Pn Hjh Umaimah yang bersara tahun lepas. Manakala Guru Kanan Kemanusiaan yang saya sandang sebelum ini diganti oleh Pn Rafidah bt Mohd Ghazali.
Di samping itu seramai 14 orang guru lelaki telah melaporkan diri sebagai guru baru. Mereka terdiri daripada 4 orang guru Pendidikan Islam, 2 guru Bahasa Melayu, 3 guru Pendidikan Jasmani (termasuk Cikgu Azhar dan Cikgu Megat) masing-masing seorang guru Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi dan Kaunselor.
Sementara itu beberapa orang guru sudah bertukar dan dalam proses pertukaran. Antara guru yang sudah bertukar ialah Pn Salwani (PJ), Pn Maimunah (Sejarah), Pn Asmawati (BM) dan Pn Sumiliah (Kaunselor).
Selamat bertugas di STAR kepada guru-guru baru dan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang telah bertukar. Selamat bertugas di tempat baru.