PENANTIAN 35 tahun Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh untuk menjulang gelaran ragbi peringkat kebangsaan terlerai setelah muncul juara Kejohanan Ragbi Sekolah-sekolah Premier Kebangsaan 2010 di Ipoh, semalam.
Pengetua dan Cikgu Naha bangkitkan semangat juang pemain
Pemain STAR tetap melawan walaupun fizikal pemain Sabah lebih besar
Walau diasak hebat, pemain STAR tetap tak berganjak
Pemain menerima ucapan tahniah daripada Pengetua dan jurulatih
STAR menundukkan juara 2005 dan finalis 2007, Maktab Sabah 19-12 dalam perlawanan final yang sengit di halaman sendiri.Tahniah dan Syabas kepada semua pemain, jurulatih, STAROBA dan seluruh warga STAR!
Ibarat buku dengan ruas, STAR yang kali terakhir muncul juara kejohanan Piala Mori pada 1974 dan Piala Milo 10-sebelah pada 1981, mendapat sokongan padu pelajar, guru dan bekas murid (STAROBA) untuk mendahului 12-7 pada babak pertama. Maktab Sabah yang menduduki tempat ketiga pada 2006, bangkit untuk mengikat kedudukan dan tampak mampu memenangi perlawanan apabila mengasak hebat ke kawasan lawan tetapi nasib nyata menyebelahi tuan rumah apabila mendapat satu lagi try tiga minit sebelum siren penamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan