Rumah Hitam sudah memulakan persiapan rapi untuk menghadapi Sukan Tahunan pada 6 Mac nanti. Tahun ini atlet Rumah Hitam sangat bertuah kerana mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Cikgu Yahaya Daud, olahragawan STAR tahun 1972 & 1973, juga mantan House Captain Rumah Hitam tahun 1973.
Latihan intensif dijalankan pada hujung minggu, 5-7 Februari 2010 sebanyak 4 sesi, bermula pada petang Jumaat, pagi & petang Sabtu dan pagi Ahad bertempat di padang STAR. Seramai 30 orang atlet dari Rumah Hitam dan 9 orang ahli Kelab Olahraga sekolah mengambil bahagian dalam latihan intensif ini. Oleh kerana sekolah akan bercuti sempena Tahun Baru Cina pada 13 - 21 Februari, sesi latihan berikutnya akan diadakan pada 26 - 28 Februari 2010, seminggu sebelum Sukan Tahunan. Walau bagaimanapun Cikgu Yahaya sudah memberi jadual kepada peserta untuk mengadakan latihan sendiri.
Guru-guru dan ahli Rumah Hitam khususnya dan pihak sekolah amnya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan penghargaan kepada Cikgu Yahaya kerana sudi meluangkan masa menyumbangkan tenaga dan kepakaran untuk mengembalikan kecemerlangan sukan di STAR. Penghargaan juga diberikan kepada Encik Fathil Sharrif, mentor Rumah Hitam yang telah banyak membantu menjayakan program latihan ini khasnya dan juga sumbangan lain sebagai persediaan untuk menjuarai Sukan Tahunan STAR tahun ini.
Kita lawan ya bro..huhu hidup merah!!
BalasPadam