Jumaat, 5 Jun 2009

STAR DIIKTIRAF SEKOLAH KLUSTER



Sekolah Tuanku Abdul Rahman kini sudah sah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Majlis Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 3 Tahun 2009 telah disempurnakan oleh Dato' Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 3 Jun 2009 di Hotel Federal, Kuala Lumpur.
Sijil Pengiktirafan STAR sebagai Sekolah Kluster telah diterima oleh Cikgu Mohd Zabidi bin Nordin yang mewakili Pengetua dalam majlis tersebut. Diharap dengan pengiktirafan ini dan peruntukan kewangan yang bakal diterima dapat melonjakkan kecemerlangan STAR dalam bidang kebitaraan yang bakal dipilih.
Selepas ini pihak pentadbiran STAR dan guru-guru akan berbincang untuk menyediakan Pelan Strategik untuk melaksanakan program kecemerlangan. Kita diminta menetapkan satu bidang akademik dan satu bidang kokurikulum sebagai niche area untuk dilonjakkan kecemerlangannya.
Antara kriteria niche area yang dipilih ialah, bidang tersebut merupakan kekuatan utama yang sudah sedia terserlah, berupaya melibatkan penyertaan sebahagian besar pelajar dan berpotensi meraih kejayaan di peringkat antarabangsa. Semua pihak yang berkaitan dengan STAR terutamanya guru-guru, PIBG dan STAROBA boleh memberikan pandangan dan mengemukakan kertas cadangan untuk diteliti dan dipertimbangkan oleh pihak sekolah sebelum keputusan muktamad dibuat.

4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Memandangkan STAR sudah menjadi sebuah powerhouse dalam arena perdebatan,Naib johan dan Johan di UIA untuk beberapa tahun,semi finalis dan finalis HKSBP dan para pendebat kita pernah mengalahkan pasukan Monash University dari Australia ketika mereka di tingkatan dua, mengapa tidak diberi perhatian pada arena perdebatan. Ia juga dapat memantapkan pelajar kita di universiti dan dunia korporat kelak.

    BalasPadam
  3. Bagi kategori akademik, bidang kebitaraan yang dirancang utk dipilih oleh sekolah ialah 'Petah Bicara' yang merangkumi aktiviti debat (BM & BI), pidato, pantun, forum dll. Sekolah perlu pilih satu lagi bidang kebitaraan dlm kategori kokurikulum. Antara yg saya nampak menonjol dan menepati kriteria kebitaraan kluster di STAR ialah muzik, tapi rasanya STAROBA lebih prefer pilih ragbi.

    BalasPadam
  4. salam cikgu..Nama saya Mohd Hafiz.Bekas Pelajar STAR 1999-2003.Pelajar Jurusan Pergigian (Dentistry/Dental Medicine) Tahun 4 tajaan JPA di luar ngara.anyway, nak ucapkan tahniah &byk2 terima kasih sbb buat blog utk STAR..walaupun dh lama tnggalkn STAR (hmpr 6thn saya tdk ke sana)tp saya masih berminat nk mengetahui news2 trbaru almamater saya ni..Kalau boleh smpaikan slm saya pd bekas2 guru (dr 99-03) & doakn kejayaan saya jd Dr. Mohd Hafiz..insyaAllah minimum 2thn lg..
    Terima kasih
    p/s;maaf cmpr sdkt english,bhsa rojak & short form..cikgu kan cikgu pkr BM..hehe)

    BalasPadam