Selasa, 5 Januari 2010

SESI BARU RAMAI MUKA BARU

Sesi persekolahan 2010 dimulakan dengan pendaftaran semula pelajar STAR pada 3 Januari 2010. Proses pendaftaran semula kali ini dipermudah dengan tiada pemeriksaan menyeluruh semua barang keperluan pelajar seperti tahun-tahun yang lepas. Perubahan ini disambut baik oleh ibu bapa kerana mereka tidak perlu menunggu lama dan kelam kabut membeli barang keperluan yang tidak lengkap sebelum anak mereka dapat masuk ke asrama.
Pasukan pentadbiran sekolah juga ada perubahan. Encik Addenan (Penolong Kanan) sudah bertukar ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster di Putrajaya. Penggantinya belum ada. Guru Kanan Bahasa diambil alih oleh Pn Hjh Noridah bt Hj Ramlan menggantikan Pn Hjh Umaimah yang bersara tahun lepas. Manakala Guru Kanan Kemanusiaan yang saya sandang sebelum ini diganti oleh Pn Rafidah bt Mohd Ghazali.
Di samping itu seramai 14 orang guru lelaki telah melaporkan diri sebagai guru baru. Mereka terdiri daripada 4 orang guru Pendidikan Islam, 2 guru Bahasa Melayu, 3 guru Pendidikan Jasmani (termasuk Cikgu Azhar dan Cikgu Megat) masing-masing seorang guru Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi dan Kaunselor.
Sementara itu beberapa orang guru sudah bertukar dan dalam proses pertukaran. Antara guru yang sudah bertukar ialah Pn Salwani (PJ), Pn Maimunah (Sejarah), Pn Asmawati (BM) dan Pn Sumiliah (Kaunselor).
Selamat bertugas di STAR kepada guru-guru baru dan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang telah bertukar. Selamat bertugas di tempat baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan