IPOH 25 Dis. – Anak seorang pemandu teksi, Ahmad Syamil Ali, 15, menjadikan kesusahan keluarga sebagai dorongan untuk mencatatkan keputusan 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor itu mendapat keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup Teknikal.
‘‘Saya sedar mak dan ayah bukan orang senang dan itulah yang memupuk keazaman saya untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
‘‘Saya mahu menjadi seorang ahli perniagaan berjaya suatu hari nanti supaya dapat membantu keluarga menikmati kehidupan lebih senang,” katanya ketika ditemui semasa mengambil keputusan PMR di STAR di sini semalam.
Ahmad Syamil berkata, walaupun ibu bapanya tidak dapat menemaninya untuk mengambil keputusan PMR semalam, mereka berdua sangat gembira apabila mendapat tahu dia mendapat 8A.
‘‘Selepas dapat keputusan, saya terus hubungi emak dan ayah dan mereka sangat gembira terutamanya emak.
‘‘Ayah sudah berjanji untuk membawa kami sekeluarga bercuti jika saya dapat keputusan cemerlang,” katanya yang tiba dengan kereta api untuk mengambil keputusan itu.
Menurut anak sulung daripada dua beradik itu, wang biasiswa sebanyak RM150 untuk dua bulan yang diterima banyak membantu dia menyara kehidupan semasa tinggal di asrama.
Katanya, wang tersebut digunakan untuk membayar segala yuran asrama dan keperluan harian.
‘‘Ayah ada juga memberikan wang saku untuk keperluan saya setiap kali pulang bercuti di rumah keluarga di Sungai Buloh,” katanya.

(Utusan Malaysia Online)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan