Selasa, 29 Disember 2009

PMR 2009: STAR No. 9 SBP

Berdasarkan maklumat terkini yang diperoleh dari laman web sbpexcellent.com, kedudukan STAR di kalangan 48 SBP seluruh negara adalah nombor 9. Sepuluh sekolah SBP terbaik seluruh Malaysia adalah seperti berikut:
1. Kolej Tunku Kurshiah
2. Sekolah Seri Puteri
3. Sekolah Dato' Abdul Razak
4. Sekolah Tun Fatimah
5. SMS Tengku Abdullah
6. SMS Johor
7. SMS Hulu Selangor
8. Sekolah Sultan Alam Shah
9. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
10. SMS Kuala Selangor

Ranking SBP Zon Utara: STAR No. 1
Ranking SBP Perak:
1. STAR (9) GPK 1.034
2. SEMESTI (18) GPK 1.076
3. MCKK (21) GPK 1.084
4. SERATAS (26) GPK 1.094
5. SBPI GOPENG (39) GPK 1.184

Kedudukan STAR di kalangan 10 SBP terbaik boleh dibanggakan. Insya Allah tahun 2010 kita cuba tingkatkan prestasi bagi menduduki top 5 pula. Oleh itu diharap semua guru STAR, PIBG dan STAROBA dapat gandakan usaha dan tingkatkan sumbangan bagi mengadakan pelbagai program kecemerlangan akademik untuk merealisasikan cita-cita tersebut.

Sabtu, 26 Disember 2009

Kesusahan keluarga dorong Syamil catat 8A

IPOH 25 Dis. – Anak seorang pemandu teksi, Ahmad Syamil Ali, 15, menjadikan kesusahan keluarga sebagai dorongan untuk mencatatkan keputusan 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor itu mendapat keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup Teknikal.
‘‘Saya sedar mak dan ayah bukan orang senang dan itulah yang memupuk keazaman saya untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
‘‘Saya mahu menjadi seorang ahli perniagaan berjaya suatu hari nanti supaya dapat membantu keluarga menikmati kehidupan lebih senang,” katanya ketika ditemui semasa mengambil keputusan PMR di STAR di sini semalam.
Ahmad Syamil berkata, walaupun ibu bapanya tidak dapat menemaninya untuk mengambil keputusan PMR semalam, mereka berdua sangat gembira apabila mendapat tahu dia mendapat 8A.
‘‘Selepas dapat keputusan, saya terus hubungi emak dan ayah dan mereka sangat gembira terutamanya emak.
‘‘Ayah sudah berjanji untuk membawa kami sekeluarga bercuti jika saya dapat keputusan cemerlang,” katanya yang tiba dengan kereta api untuk mengambil keputusan itu.
Menurut anak sulung daripada dua beradik itu, wang biasiswa sebanyak RM150 untuk dua bulan yang diterima banyak membantu dia menyara kehidupan semasa tinggal di asrama.
Katanya, wang tersebut digunakan untuk membayar segala yuran asrama dan keperluan harian.
‘‘Ayah ada juga memberikan wang saku untuk keperluan saya setiap kali pulang bercuti di rumah keluarga di Sungai Buloh,” katanya.
(Utusan Malaysia Online)

Rabu, 23 Disember 2009

KEPUTUSAN PMR: PENCAPAIAN 8A MENINGKAT



Pencapaian STAR dalam peperiksaan PMR 2009 menunjukkan peningkatan. Jumlah calon yang mengambil peperiksaan PMR tahun 2009 ialah seramai 107 orang. Calon yang mendapat 8A seramai 85 orang (79.43%), 7A 17 orang (15.89%) dan 6A 5 orang (4.68%). Mata pelajaran yang mencapai 100% A ialah Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup. Geografi yang saya ajar hanya seorang yang mendapat B, yang lain semua A (99.1%). Tahniah kepada semua calon PMR dan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru, PIBG dan STAROBA serta semu pihak yang telah memberi sumbangan dalam usaha meningkatkan prestasi akademik STAR.
Keputusan penuh pencapaian gred A mengikut mata pelajaran adalah seperti berikut:
Bahasa Melayu: 100%
Bahasa Inggeris: 95.3%
Matematik: 98.1%
Sains: 98.1%
Sejarah: 94.4%
Pendidikan Islam: 89.7%
Geografi: 99.1%
Kemahiran Hidup: 100%

Gred Purata: 1.03
Liputan Media:
Di Perak, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) mencatatkan kelulusan tertinggi iaitu seramai 85 dari 107 calon berjaya memperoleh 9A manakala satu-satunya sekolah harian yang mencatatkan kelulusan 100 peratus adalah SMK Taman Tasek Taiping. (Bernama Online)