Isnin, 31 Januari 2011
Rabu, 5 Januari 2011
89 Pelajar Baru Tingkatan 1 Daftar di STAR
Seramai 89 pelajar tingkatan 1 daripada 120 orang yang ditawarkan tempat di STAR telah mendaftar pada hari Rabu, 5 Januari 2011. Mereka terdiri daripada pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR dari seluruh negara.
Jumlah pelajar projek khas yang ditawarkan tempat di STAR seramai 31 orang. Walau bagaimanapun 14 orang lagi belum daftar, dipercayai kerana menghadapi masalah kewangan. Antaranya termasuklah pelajar dari Johor, Terengganu, Pulau Pinang dan lain-lain lagi.Pelajar projek khas ini terdiri daripada pelajar cemerlang dari keluarga berpendapatan rendah. Mereka akan diberi bantuan kewangan dan biasiswa untuk membiayai perbelanjaan persekolahan. Melalui pendidikan yang berkualiti di sekolah cemerlang ini diharap mereka dapat membantu meningkatkan taraf hidup keluarga selepas menamatkan pengajian nanti.
Oleh itu diharap ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan untuk membawa pelajar-pelajar berkenaan ke STAR. Guru kaunseling sudah menghubungi ibu bapa pelajar berkenaan dan dikenal pasti masalah kewangan menjadi punca mereka tidak hantar anak ke STAR. Sesiapa yang ingin membantu boleh hubungi Pengetua atau Cikgu Nor Hasliza.
Turut hadir dalam majlis taklimat kepada ibu bapa ialah YBhg Datuk Mohd Nasir bin Ahmad, Presiden STAROBA dan Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid, YDP PIBG.
Langgan:
Catatan (Atom)