Khamis, 29 Julai 2010

STAR JUARA RAGBI KEBANGSAAN

PENANTIAN 35 tahun Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh untuk menjulang gelaran ragbi peringkat kebangsaan terlerai setelah muncul juara Kejohanan Ragbi Sekolah-sekolah Premier Kebangsaan 2010 di Ipoh, semalam.

Pengetua dan Cikgu Naha bangkitkan semangat juang pemain

Pemain STAR tetap melawan walaupun fizikal pemain Sabah lebih besar

Walau diasak hebat, pemain STAR tetap tak berganjak

Pemain menerima ucapan tahniah daripada Pengetua dan jurulatih

STAR menundukkan juara 2005 dan finalis 2007, Maktab Sabah 19-12 dalam perlawanan final yang sengit di halaman sendiri.

Tahniah dan Syabas kepada semua pemain, jurulatih, STAROBA dan seluruh warga STAR!

Ibarat buku dengan ruas, STAR yang kali terakhir muncul juara kejohanan Piala Mori pada 1974 dan Piala Milo 10-sebelah pada 1981, mendapat sokongan padu pelajar, guru dan bekas murid (STAROBA) untuk mendahului 12-7 pada babak pertama. Maktab Sabah yang menduduki tempat ketiga pada 2006, bangkit untuk mengikat kedudukan dan tampak mampu memenangi perlawanan apabila mengasak hebat ke kawasan lawan tetapi nasib nyata menyebelahi tuan rumah apabila mendapat satu lagi try tiga minit sebelum siren penamat.

Rabu, 21 Julai 2010

STAR CALON SBT 2010

Pengetua menyampaikan dokumen sokongan kepada Ketua Jemaah Nazir

Tahun ini sekali lagi STAR dicalonkan untuk pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Peluang STAR tahun ini lebih cerah setelah mencatatkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM tahun 2009 serta meraih kejayaan cemerlang juga dalam pelbagai aktiviti kokurikulum di peringkat kebangsaan.

Hari ini, 21 Julai 2010 seramai enam orang Jemaah Nazir Sekolah telah hadir ke sekolah untuk melakukan proses penilaian dan pemantauan bagi tujuan tersebut. Dalam pembentangannya, Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, Pengetua Cemerlang STAR yang baru berjaya meyakinkan pasukan penilai bahawa STAR sememangnya layak diiktiraf sebagai SBT berdasarkan prestasi cemerlang dalam pelbagai bidang sama ada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. Dalam aspek tertentu STAR setanding dengan sekolah SBT sedia ada malah ada juga pencapaian STAR yang lebih baik daripada pencapaian SBT tertentu dan jauh mengatasi calon-calon SBT yang lain.

Walau bagaimanapun masih ada ruang untuk penambahbaikan terutamanya dalam aspek kebersihan dan keceriaan sama ada di blok akademik mahupun di asrama. Insya Allah dengan kehadiran Pengetua baru ini segala kekurangan dan kelemahan tersebut dapat diatasi setelah melihat beberapa perubahan positif telah dilakukan dalam tempoh 10 hari beliau berada di STAR.

Pihak sekolah telah berusaha sebaik mungkin untuk mendapat pengiktirafan ini dengan kerjasama erat semua warga sekolah, STAROBA dan PIBG. Sama-samalah kita berdoa, mudah-mudahan hajat kita mendapat pengiktirafan sebagai SBT dimakbulkan.

Selasa, 20 Julai 2010

STAR Juara Ragbi Premier Zon Perak

Pasukan Ragbi STAR muncul sebagai Juara Kejohanan Ragbi Premier Bawah 19 tahun Zon Perak. Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di padang SMK Anderson, Ipoh hari ini, pasukan STAR telah menewaskan pasukan King Edward 19 - 8.
Dengan kemenangan ini pasukan STAR akan mewakili Negeri Perak ke Kejohanan Ragbi Premier peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 27 hingga 30 Julai 2010 bertempat di padang STAR.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pemain, Cikgu Khairol Azhar dan Cikgu Naharudeen selaku jurulatih serta penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan pelbagai sumbangan kepada pasukan kita. Diharap semua pihak terus berganding bahu dan terus menyumbang untuk merangkul kejuaraan di peringkat kebangsaan pula.

Rabu, 28 April 2010

STAR NAIB JOHAN BAHAS UIA


Gambar: Pasukan Bahas Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu


Pasukan Bahas Bahasa Melayu STAR muncul sebagai Naib Johan dalam Pertandingan Bahas anjuran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang diadakan pada 16 - 21 April 2010 yang lepas. Sebanyak 68 buah sekolah seluruh negara telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Peserta Bahas Bahasa Melayu STAR terdiri daripada;
1. Mohd Faizs bin Omar
2. Mohd Azri bin Kamarudin
3. Mohd Haziq bin Janudin
4. Nur Qusyairi bin Mohd Fauzi (simpanan)
Pada pertandingan akhir pasukan STAR telah bertemu pasukan KISAS dan Mohd Faizs telah terpilih sebagai pembahas terbaik.
Bagi kategori Bahas Bahasa Inggeris STAR menduduki kelompok 16 terbaik daripada 68 sekolah yang mengambil bahagian.
Sebelum itu pasukan bahas Bahasa Inggeris muncul sebagai Johan pada pertandingan bahas Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama (HKSBP) Zon Utara yang telah diadakan pada 11-14 Mac 2010 bertempat di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohammad Jiwa, Sungai Petani selepas menewaskan MCKK. Bagi kategori Bahasa Melayu STAR muncul sebagai Naib Johan selepas tewas kepada MCKK. Berita lanjut boleh baca dalam blok Cikgu Shahnun.
Kedua-dua pasukan bahas ini akan menggalas cabaran zon utara di peringkat kebangsaan pada bulan Jun nanti di SM Sains Pasir Putih, Kelantan.
Tahniah diucapkan kepada para peserta dan penghargaan kepada guru-guru yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar.

Isnin, 19 April 2010

7 Atlet STAR Bakal Beraksi di MSSPK



Tujuh orang atlet Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) terpilih untuk mewakili Daerah Kinta Utara dalam Kejohanan Track & Field MSSPK yang akan berlangsung pada 23 - 26 April 2010 di Stadium Proton City, Tanjung Malim. Atlet STAR yang terpilih adalah seperti berikut;


Syazwan berlatih acara hurdle di bawah bimbingan Cikgu Yahaya


1. Mohamad Syazwan bin Nordin (B18)
a) 400m
b) 400m berpagar
c) 4 x 400m


2. Muhammad Arif bin Ramlan (B18)
a) Lompat kijang


3. Nor Fitri bin Mohd Zam (B18)
a) Lompat jauh





4. Mohamad Iqbal bin Zubir (B15)
a) Lompat kijang
b) 110m berpagar

Gambar: Mohamad Ramadan
5. Mohamad Ramadan bin Mohamad (B15)
a) Lompat jauh


Gambar: Shakir
6. Shakir Zufayri (B14)
a) 100m
b) 200m

Gambar: Tariq Aqil

7. Tariq Aqil (B14)
a) 400m




Sama-sama kita doakan semoga atlet kita berjaya membawa pulang sebanyak mungkin pingat emas. Terima kasih dan penghargaan kepada Cikgu Yahaya yang telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk membimbing atlet STAR hingga berjaya menjulang semula nama sekolah kita dalam olaraga.

Khamis, 11 Mac 2010

SPM 2009: STAR Terbaik di Perak

IPOH 11 Mac - Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di sini muncul sebagai sekolah terbaik Perak dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang diumumkan hari ini.
Sebelum ini, sekolah tersebut juga adalah sekolah terbaik di negeri ini bagi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009.
Buat julung kali, keputusan peperiksaan SPM tersebut diumumkan di sekolah terbaik bagi negeri ini dan bukan di Jabatan Pelajaran Negeri Perak seperti kebiasaan.
Menurut Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Mohd. Radzi Abd. Jabar, STAR mencatatkan gred purata sekolah (GPS) 1.71 dan mendahului empat buah sekolah lain yang turut cemerlang dalam keputusan SPM kali ini.
''Sebanyak lima buah sekolah di negeri ini dikategorikan cemerlang selepas memperoleh GPS antara antara 0.00 hingga 2.25 dalam peperiksaan SPM 2009.
''Sekolah terbaik ialah STAR, diikuti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gopeng, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sains Teluk Intan dan SMK Raja Tun Azlan Shah di Taiping," katanya.

Rabu, 3 Mac 2010

STAR Jalin Kerjasama Dengan Wright Robinson College, Manchester

Kunjungan Mr N. Beischer, Ketua Guru (Headteacher) Wright Robinson College, Manchester (WR) ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman pada 2 dan 3 Mac 2010 membuka jalan ke arah menjalin kerjasama peringkat antarabangsa, sebagai satu keperluan untuk mendapat tempat sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
Mr N. Beischer sangat mesra dengan pelajar

Mr N. Beischer bersama seorang guru sukan dari WR ini adalah sebahagian daripada peserta program ‘Internasional Inspiration’ anjuran British Council dan Kementerian Pelajaran Malaysia sempena penganjuran Sukan Olimpik di London tahun depan. Program yang berlangsung selama dua tahun ini, bertujuan memberi inspirasi kepada golongan muda untuk bergiat aktif dalam sukan dan bertukar kepakaran melatih bakat baru dalam bidang sukan yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

Pn Abidah dan Ms Susan bincang program Bahasa Inggeris

Selama dua hari berada di STAR, kedua-dua pihak telah mengenal pasti bidang yang boleh diketengahkan dalam rangkaian kerjasama tersebut. Selain sukan ragbi yang menjadi fokus utama, pihak WR juga sangat berminat untuk bekerjasama dalam bidang Bahasa Inggeris. Kedua-dua bidang ini merupakan niche area STAR sebagai sekolah kluster kecemerlangan.
Program ini diharap dapat menjadi permulaan terbaik untuk mengorak langkah ke arena antarabangsa dengan lebih pantas dan memberi impak yang besar kepada kecemerlangan STAR dalam masa terdekat. Yang penting, semua pihak yang berkepentingan perlu berpadu tenaga dan bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan segala hasrat dan sasaran kita dapat direalisasikan.